Seorang lelaki parah akibat ditetak bertubi-tubi oleh lelaki dipercayai kurang siuman di rumahnya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.


Dalam kejadian 4.30 petang, anak saudara mangsa yang berusia 19 tahun itu berkata dia ternampak lelaki berusia 20-an berjalan dari jalan utama dan membelok ke taman perumahan mereka.

Dia tidak berbaju dan memakai seluar pendek sambil membimbit sebuah bakul, tetapi saya yang sedang mengecat sangkar burung di hadapan rumah tidak mengendahkannya.

Secara tiba-tiba, dia terus masuk ke dalam rumah sambil melaungkan selawat lalu mengambil parang dalam bakul dibawanya dan meluru ke arah bapa saudara yang sedang berbual bersama beberapa sepupu.

Lelaki itu terus menetak bapa saudara yang melarikan diri ke dapur tanpa belas kasihan dan keluar tidak lama kemudian.

Menurutnya, lelaki itu terus keluar dari rumah mereka dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Bapa saudara mengerang kesakitan sambil menyebut ‘Allahuakbar’ dan di tubuhnya terlalu banyak kesan tetakan terutama di bahagian lengan kiri.

Walau bagaimanapun, pihak polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut.


[fbcomments]