Selebriti terkenal dunia, Paris Hilton menggemparkan dunia hiburan apabila telah mendapat anak sulung di usia 41 tahun.

Menurut laporan majalah People, Paris Hilton dan pasangan Carter Reum telah menggunakan kaedah ibu tumpang atau surrogacy bagi mendapatkan bayi lelaki mereka itu.

“Sememangnya impian saya untuk menjadi seorang ibu. Saya dan Reum amat bahagia kerana telah berkahwin dan kini memulakan fasa hidup baharu sebagai sebuah keluarga.”

Paris Hilton drops unexpected baby bombshell | HELLO!

Kehadiran cahaya mata di usia 41 tahun itu membuatkan impian Paris menjadi kenyataan. Terdahulu Paris ada berkongsi di platform Instagram miliknya, sekeping gambar dia memengang tangan bayinya.

“Awak telah disayangi melebihi batas perkataan,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, terlihat rakan-rakan artis seperti Kim Kardashian, Demi Lovato,Lindsay Lohan dan Ashley Tisdale turut mengucapkan tahniah kepasa pasangan itu.

Paris dan Reum juga sebelum ini menjalani rawatan IVF sewaktu pandemik Covid-19 untuk memastikan mendapat telur yang baik dan sihat apabila diperlukan kelak.

“Kami mula lakukan IVF untuk tujuan mendapat bayi di masa akan datang. Jadi sewaktu pandemik, terdapat banyak masa terluang. Jadi kami fikir itulah waktu terbaik untuk menjalani proses tersebut.”

Maklumat tambahan, bayi lelaki tersebut adalah anak pertama Paris Hilton manakala Reum memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun menerusi perkahwinannya sebelum ini.

[fbcomments]