Sebuah rumah makan istimewa yang diwujudkan khas untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada anda miskin atau kaya, tua atau muda, orang bujang atau yang sudah berpunya, anda dijemput untuk datang makan percuma.

Percuma setiap hari! Siapa je tak suka benda percuma kan? Lebih-lebih lagi kalau makanan.

Lihatlah gambar-gambar pengunjung yang singgah di RMP hari ini. Mereka sangat gembira. Alhamdulillah. Itulah matlamat…

Posted by Rumah Makan Percuma on Rabu, 22 Julai 2020

Prihatin dengan situasi sekarang, seorang usahawan berjaya di Alor Setar, Kedah mengambil inisiatif membuka ‘Rumah Makan Percuma’, untuk menyediakan makanan secara percuma kepada semua golongan.

Jaffri Ahmad, 56, berkata beliau dan isteri Mazlina Makaruddin memperuntukkan makanan untuk sekurang-kurangnya 200- 250 orang sehari dan bercadang menambahnya sekiranya inisiatif itu mendapat sambutan.

Terima kasih atas doa kalian. Walaupun setiap baris doa anda tidak dapat kami ketahui. Semoga yang baik-baik sahaja…

Posted by Ayam Bismi Segar Halal Suci on Jumaat, 24 Julai 2020

“Idea untuk melaksanakan inisiatif ini sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan Umrah, kami dapati masyarakat di sana (Makkah) berlumba-lumba untuk memberi makanan percuma, kepada orang lain.

“Tapi sebelum ini, hasrat ini tergendala kerana kami sibuk dengan urusan lain, tetapi apabila COVID-19 melanda negara, ramai yang susah dan saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai, untuk laksanakannya.”

Hari ini 21/7/20, pengunjung RMP dihidangkan dengan menu :🍗Ayam masak kicap pengantin🍆Terung berlado🐟Ikan mambu…

Posted by Rumah Makan Percuma on Isnin, 20 Julai 2020

Semoga pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki selalu & dapat terus membantu golongan yang memerlukan.

[fbcomments]