Sepasang kekasih ditahan awal pagi Isnin selepas didakwa menghalang tugas polis dengan memecut kenderaan dan melarikan diri ketika diperiksa di kawasan BPS 4, Senawang.
Tindakan mereka mencetuskan operasi kejar-mengejar membabitkan beberapa kenderaan peronda polis sehingga kereta dinaiki pasangan itu terbabas.
@utusantvofficial 10 NOV 25: SEPASANG kekasih ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di BPS 4, Senawang, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu, anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut terserempak dengan sebuah Perodua Bezza dinaiki pasangan kekasih tersebut. Menurut beliau, anggota berkenaan telah menghampiri Perodua Bezza itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan sebelum kenderaan itu memecut melarikan diri. Klik kotak hijau untuk berita lanjut 📰 #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #polis #lari
Pasangan Kekasih Dicekup Selepas Kejar-Mengejar Dengan Polis
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar, kejadian bermula sekitar jam 1.10 pagi ketika anggota polis melakukan rondaan sebelum menemui sebuah Perodua Bezza yang kelihatan mencurigakan di tepi jalan. Sewaktu anggota polis menghampiri, pemandu bertindak mengundurkan kereta dan melanggar MPV polis sebelum memecut melarikan diri ke arah susur keluar Seremban berdekatan jejambat Lebuhraya LEKAS. Kejar-mengejar berakhir apabila kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh tembok berhampiran.
![]()
Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun dan seorang wanita berusia 22 tahun berada di dalam kenderaan tersebut. Semakan mendapati mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing turut menunjukkan keputusan negatif. Walau bagaimanapun, kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Sebelum itu, video kejadian telah tular di media sosial, memaparkan sekurang-kurangnya empat unit peronda mengejar kereta yang dinaiki pasangan berkenaan di kawasan Sri Mawar.
Kredit: Sinar Harian, TikTok utusanmalaysia