Pernikahan merupakan fasa tertinggi dalam hubungan percintaan antara dua insan yang saling mencintai. Pernikahan tidak hanya berikrar kesetiaan pada pasangan. Tentunya, momen pernikahan menjadi hal yang membahagiakan sekaligus menjadikan ia sebagai kenangan terindah bagi kedua mempelai.
Biasanya, momen pernikahan diraikan dengan keluarga dan sahabat handai. Namun, berlainan pula bagi pasangan kekasih di Sri Lanka ini dimana ia mempunyai momen unik saat pernikahan mereka.
Berbahagi rezeki dengan gelandangan
Momen pernikahan mereka diraikan dengan berkongsi rezeki berupa makanan kepada para gelandangan oleh pasangan ini sambil memakai baju busana pernikahan mereka.
Perkongsian yang dibuat oleh Dishan Thilakshana itu telah menarik perhatian warganet.


Rata-rata netizen memuji tindakan mulia Dishan Thilakshana dan isteri kerana berkongsi hari bahagia mereka dengan membuat orang lain gembira. Semoga perkahwinan mereka berkekalan.



