Sepasang pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai mendera dan menganiaya anak angkat mereka yang berusia lima tahun sehingga meninggal dunia, dalam kejadian di Ipoh, Perak.

Kanak-Kanak Maut Didera Ibu Bapa Angkat

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh iaitu Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, beliau memaklumkan bahawa penahanan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan dari Hospital Permaisuri Bainun mengenai kematian mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan mangsa dan disyaki telah dipukul dengan menggunakan objek tumpul,” jelasnya.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘multiple blunt injueris’ selain terdapat luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur (anus) mangsa.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan di atas, wanita berusia 27 tahun itu bersama suaminya, 66 tahun yang merupakan ibu bapa angkat mangsa telah ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Ketua Polis Daerah Ipoh

[fbcomments]