fbpx

Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan sepasang pasangan membawa bayi mereka berpenyakit kronik ke hospital dengan menaiki motosikal telah meraih perhatian rakyat Malaysia.

Terbaharu, difahamkan pasangan ini dilaporkan belum lagi menjadi pasangan suami isteri selepas pihak masjid setempat mendedahkan status perkahwinan mereka.

Pasangan Tular Bukan Suami Isteri, Baru Rancang Nak Kahwin

Memetik laporan Mstar, Mohd Azlan Ishak, 36, mengakui perkara tersebut selepas banyak berita kurang manis timbul tentang mereka apabila kisah keluarga mereka menjadi perhatian.

Jelas Azlan, mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun terpaksa memikirkan tentang kesihatan anak  yang menghidap masalah paru-paru kronik terlebih dahulu.

“Sebelum ni kami sudah buat perancangan untuk berkahwin. Tapi kami lebih utamakan kesihatan anak, jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak yang sakit.

“Tapi kami dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen untuk berkahwin pada ustaz (imam masjid),” katanya.

Ditegur Pihak Berkuasa, Nasihati Untuk Tidak Tinggal Sekali Selagi Tidak Sah

Dikatakan Azlan juga pernah ditegur oleh oleh pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan dan dinasihati untuk tinggal berasingan.

Beliau turut memaklumkan bahawa dia dan Norhidayu Halim, 35, akan menikah dalam masa terdekat dan segala dokumen sudah pun diserahkan kepada imam.

“Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin.

“Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga menjelaskan status pasangannya yang sebelum ini didakwa masih lagi isteri orang.

Menurutnya, Norhidayu telah berpisah dengan bekas suami yang kini sedang berada di dalam penjara sejak Ogos lalu bagi menjalani hukuman.

“Hidayu sebenarnya sudah bercerai dengan suami dia sebelum ini. Dokumen mengenai penceraian dia dan suami pun kami sudah ada,” ceritanya.

Terdahulu, berita tentang hubungan mereka yang bukan suami isteri benar-benar mengejutkan kerana ramai yang menyangka mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak yang menghidap penyakit kronik.

Selain daripada pengguna media sosial, keluarga terbabit turut dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia dan juga pengusaha kedai automotif apabila pihak mereka memberikan kereta jenis Proton Persona untuk kegunaannya berulang alik ke hospital membuat pemeriksaan untuk anak yang kurang sihat itu.

Kredit: Mstar

[fbcomments]