Baru-baru ini tular dua video yang mendapat perhatian netizen berkenaan seorang pegawai kanan polis wanita mengherdik 2 orang anggota polis bawahannya. Ia dikatakan wanita tersebut berang kerana 2 orang polis terbabit tidak layak untuk menegur kesalahannya semasa membuat rondaan, dipercayai berlaku di Gombak.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tangkapan ke atas pegawai polis wanita yang berusia 35 tahun itu berkait kes ugutan jenayah.
Kini Dikenali Sebagai Orang Kena Tuduh (OKT)
Menurut sumber Harian Metro, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap suspek kini sedang dijalankan. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor yang memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka selepas pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian terbaharu itu.
Beliau yang juga merupakan seorang Pegawai Kanan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM) telah dibawa ke Jabatan Narkotik IPD Gombak untuk menjalani saringan air kencing. Malah, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi tujuan membantu siasatan.
Penjelasan Berkenaan Video tular Di Parkir Kereta
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak polis, siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang wanita berusia 27 tahun mengenai kejadian yang berlaku di parkir pusat beli belah di Brickfields, semalam.
“Hasil siasatan mendapati berlaku selisih faham apabila OYDS (orang yang disyaki) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pengadu terbuka”.
“Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS tidak puas hati menekan hon dan menjerit memarahi pengadu serta ahli keluarga. Dia turut memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi sambil merakam video”, katanya dalam kenyataan pada hari semalam.
Kredit: Harian Metro, Sinar Harian