fbpx

Dua selebriti wanita yang dikatakan menabur fitnah terhadap Abang Bas bakal berdepan tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Perkara ini disahkan oleh peguam Abang Bas iaitu Datuk Ahmad Zaharil, yang memaklumkan bahawa saman telah pun difailkan terhadap kedua-dua selebriti tersebut atas tuduhan menimbulkan keraguan dan cemuhan terhadap anak guamnya.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSjht8osF/

Bakal Saman 2 Selebriti

Namun difahamkan, Zaharil memaklumkan bahawa saman tersebut telah difailkan oleh seorang lagi peguam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lepas, yang merupakan anak didiknya sendiri.

“Kami sudah failkan saman (terhadap dua selebriti) manakala untuk netizen belum lagi. Bukan saya yang failkan tetapi peguam lain iaitu anak didik saya. Saman itu kepada dua selebriti wanita.

“Yang dua orang selebriti tu kita tengok jelah. Bukan nak cakap apalah, yang kita nampak hukum karma,” katanya.

Menyentuh perkembangan terkini Abang Bas, beliau kini memulakan pekerjaan baharu dan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan tidak menonjol.

Sebelum ini, Zaharil pernah menegaskan bahawa pihak yang terlibat masih berpeluang untuk memohon maaf kepada keluarga Abang Bas jika ingin mengelak tindakan undang-undang.

Untuk rekod, pemandu bas tersebut sebelum ini didakwa di Mahkamah Muar pada September lalu atas tuduhan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, namun telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara menunggu sebutan semula kes.

Kredit: mStar

[fbcomments]