fbpx

Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Mahmud Abdul Jumaat dilaporkan telah menarik diri dari membela pihaknya dan tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Buat Keputusan Sedemikian Kerana Mahu Beri Tumpuan Pada Kes Lain

Berdasarkan laporan dari Berita Harian, difahamkan Mahmud membuat keputusan sedemikian adalah kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

OIeh yang demikian, beliau yang juga merupakan peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan untuk menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.

“Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada. Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Sebelum ini, Mahmud dilantik sebagai peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis pada Jumaat lalu. Mahmud turut hadir semasa prosiding permohonan reman ke atas suami isteri berkenaan di Mahkamah Petaling Jaya pada Sabtu lalu sebelum Majistret Ainaa Muhammad Kamal membenarkan reman tujuh hari sehingga Jumaat ini (7 Jun).

Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]