fbpx

Seorang lelaki yang merupakan pekerja kilang dilaporkan patah kaki dan bahu akibat terjatuh dalam tangki sedalam 3.65 meter di kawasan perindustrian Kulim Hi Tech di Kulim, Kedah pada semalam.

Patah Kaki Dan Bahu

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba iaitu Azmir Hassan, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 9 malam, Ahad.

Selepas menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Puat Ghazali tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

Dalam kejadian itu, difahamkan mangsa yang tidak didedahkan namanya dilaporkan mengalami patah kaki dan bahu akibat terjatuh ke dalam tangki berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati pekerja warga Bangladesh berusia 25 tahun masih berada di dalam tangki berkenaan dipercayai terjatuh dan mengalami patah kaki dan bahu.

“Anggota memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa dari tangki itu menggunakan ‘rope rescue’ dan pengusung,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Azmir, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]