Seorang wanita warga Laos yang bekerja sebagai pelacur cuba merayu dan menangis teresak-esak sambil menawarkan suapan RM16,000 kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam usaha mengelakkan diri daripada ditahan di sebuah hotel di Jalan Zainal Abidin, semalam.

Video di bawah:

https://x.com/malaysiaviralll/status/1816344262809903396?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Nak Beri “Suapan” Supaya Tak Kena Tahan

Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita tersebut mengenakan kostum ‘anime’ menyerupai karakter ‘Marin Kitagawa’. Dia adalah salah seorang daripada tiga pelacur warga asing yang ditahan dalam operasi yang bermula pada pukul 9 malam. Dua lagi wanita, masing-masing dari Thailand dan Vietnam, mengenakan kostum yang menyerupai karakter anime dan jururawat.

Pengarah JIM Pulau Pinang iaitu Nur Zulfa Ibrahim menyatakan bahawa serbuan tersebut adalah hasil maklumat awam mengenai aktiviti pelacuran yang beroperasi di sebalik hotel tersebut. Ketiga-tiga wanita berusia antara 25 hingga 29 tahun itu baru tiba di Malaysia dua minggu lalu dan menawarkan perkhidmatan seks melalui tempahan di laman web dengan harga bermula dari RM240.

Menurut Nur Zulfa, terdapat kemungkinan bahawa wanita-wanita ini dilindungi oleh sindiket tertentu dan pelanggan mereka mungkin terdiri daripada golongan VIP. Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiga wanita tersebut ditemui berada di dalam bilik masing-masing.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas telefon bimbit, minyak pelincir, kondom, wang tunai, dan pil perancang yang ditemui di dalam bilik wanita-wanita tersebut.

Kesemua mereka telah dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Kredit: Malaysia Gazette

[fbcomments]