fbpx

Guru ibarat lilin menerangi bagi mendidik anak murid menjadi insan lebih cemerlang. Namun apa yang terjadi di Sichuan, China ini dianggap sebagai melampaui batas dimana dia telah mendenda anak murid sehingga maut!

Sempat beli bunga

Apa yang lebih memilukan, sebelum kejadian, pelajar tersebut yang dikenali sebagai Ning Ning berusia 10 tahun, sempat membeli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya itu bagi meraikan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 10 September di China.

Namun, ketika berada dalam kelas matematik Ning Ning telah membuat 2 kesilapan ketika menyelesaikan soalan matematik.

Berang kerana Ning Ning tidak dapat jawab dengan betul, guru tersebut bertindak menyuruh Ning Ning berdiri di atas podium, menarik telinganya, memukul kepalanya dan menampar tangannya.

Tidak mampu angkat kepala

Menurut saudara kembarnya Qian Qian, yang turut berada di dalam kelas yang sama, adiknya tidak mampu mengangkat kepala selepas didenda oleh gurunya.

Risau dengan keadaan tersebut, guru itu terus bertindak untuk menelefon nenek Ning Ning, dan meminta supaya Ning Ning dibawa pulang untuk berehat.

Dibawa ke hospital

Menurut neneknya semasa dia berjumpa dengan cucunya, Ning Ning sudah tidak mampu bercakap dan membuka kedua matanya.

Namun setelah tibanya di hospital nyawa Ning Ning tidak berjaya diselamatkan walaupun sudah menjalankan beberapa prosedur bagi menyelamatkan nyawanya.

Menurut neneknya lagi, Ning Ning pernah mengadu takut untuk memasuki kelas matematik tersebut kerana sikap gurunya yang suka memukul dan mendenda orang.

[fbcomments]