Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah Kajang.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/hobinjanghobin_/status/1950224136292221208?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Berang Ditegur Tak Hadir Kelas PJ, Pelajar Tumbuk Guru Di Khalayak Ramai
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, insiden berlaku selepas guru berkenaan menegur pelajar terbabit kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani.
Teguran itu dipercayai mencetuskan kemarahan suspek hingga berlaku pergelutan yang menyaksikan guru tersebut dipukul di muka, disaksikan beberapa guru serta pelajar lain.
Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh guru terlibat sekitar jam 7.15 malam semalam.
![]()
Pelajar berkenaan kemudian ditahan dan kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Naazron memaklumkan bahawa pihak polis telah merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kajang esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kredit: Buletin TV3