fbpx

Malaysia sama sekali tidak menerima perjanjian damai antara Israel dan Palestin yang dikenali sebagai “Deal of Century” yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana ianya jelas tidak adil.

Perjanjian itu sebagai berat sebelah dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolaknya.

Palestin sudah terlalu lama menderita

Palestin, adalah pihak yang sudah terlalu lama menderita atas tindakan berterusan Israel yang menyalahi undang-undang pendudukan, mereka tidak pernah terbabit secara langsung bahkan tidak di bawa berunding dalam merumuskan cadangan pelan damai itu.

“Pelan cadangan itu sangat berat sebelah, hanya memberi ganjaran kepada Israel dan rakyatnya yang menduduki wilayah Palestin.” – Pejabat Perdana Menteri.

Menghakis hak Palestin

Perjanjian yang dipanggil Deal of Century ini diwujudkan dengan alasan untuk berdamai. Namun pada hakikatnya intipati perjanjian ini sememangnya menghakis hak-hak asal rakyat Palestin.

Tidak cukup dengan penindasan, perjanjian ini hanya menguntungkan Yahudi Zionis dalam masa yang sama menafikan hak-hak rakyat Palestin sebagai pemilik hakiki tanah Palestin.

Kacang lupakan kulit

Bagaikan kacang melupakan kulit, itulah dia Zionis Israel pada hari ini. Jasa rakyat Palestin tidak lagi dipandang. Yang dilihat hanya ingin menghapuskan Palestin dan Islam. Mereka mahukan Masjid Al-Aqsa.

Wahai Zionis Israel, sedarlah. Sekali menumpang, selamanya menumpang!

[fbcomments]