Kegiatan penyeluk saku di kawasan tumpuan pelancong sekitar Bukit Bintang dilihat masih menjadi ancaman apabila seorang wanita tempatan menjadi mangsa terbaharu dengan kerugian mencecah hampir RM10,000.
@fifiemarzuki9 Tolong Share Ramai2 org ni ,area Bukit Bintang berhadapan dgn trafik light Lot 10,Jumlah Kerugiann RM8200 ,dalam Wallet ada 3200 cash dan 2 Dinar shiling.,Semoga Org ni kena tgkap Secepat Mgkin.Sebarang info sila hubung Balai Police Dang Wangi.TQ
Kecurian Penyeluk Saku Masih Berleluasa di Bukit Bintang, Mangsa Rugi Hampir RM10,000
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku berhampiran lampu isyarat pusat beli-belah Lot 10, suspek dipercayai bertindak mencuri barangan milik mangsa ketika berjalan di belakangnya tanpa disedari. Menurut perkongsian pengguna media sosial, Fifie Marzuki, mangsa kehilangan wang tunai RM3,000 serta dua keping syiling Dinar dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sebanyak RM8,200.
Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang menyuarakan harapan agar pihak berkuasa memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan segi tiga emas berkenaan.
Ada warganet mencadangkan agar polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan pasukan pemantauan khas bagi mengekang kegiatan tersebut yang didakwa aktif sepanjang masa. Dalam masa sama, beberapa pengguna turut meluahkan rasa gusar terhadap kehadiran penagih dadah di sekitar stesen MRT berhampiran, yang dilihat menambah risiko keselamatan pelancong dan penduduk setempat.
 ![]()
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit.
Kredit: TikTok fifiemarzuki9