fbpx

Bekerja sebagai penghantar makanan ini adalah satu pekerjaan yang sangat mencabar kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan yang berbagai karenah. Baru-baru ini tular di laman TikTok yang dimuatnaik oleh @amirol berkenaan seorang wanita berbangsa Cina yang membatalkan pesanan semata-mata tidak mahu bayar dan mahu makan secara percuma sambil memberi seribu alasan untuk tidak ditangkap.

@amirol1991

skypod tower 1 di puchong .. lepas ni kalau siapa2 antar order dia suruh letak bawah baik suruh dia turun kita tunggu smpai dia turun ok .. takut dia report xdpat makanan sedang kan dah ambik makanan tu ..

♬ bunyi asal – amirol – amirol

Turun Senyap-Senyap Nak Ambil Makanan Tapi Dicekup Rider

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kondominimun di Puchong, Selangor ini telah menaikkan rasa geram dan marah rider terbabit, dan beliau bertindak untuk bersemuka dengan pelanggan wanita tersebut. Berdasarkan video berkenaan, pelanggan itu memberi arahan supaya rider meninggalkan makanan di lobi. Namun begitu, pelanggan itu kemudiannya membatalkan tempahan sebaik sahaja rider tersebut beredar dan tetap akan mengambil pesanan yang sudah dibatalkan tadi.

“Apabila you suruh rider letak sini (lobi), lepas itu rider sudah letak dan jalan, you batal order. Kami yang akan digantung tiga hari. Tak boleh cari makan. Kalau you sudah canceled, you tak boleh ambil makanan tu. Tadi order pertama you sudah canceled, makanan pun rider sudah angkat. Order ini pun you sudah canceled, tapi you turun bawah untuk ambil makanan ni. Saya tunggu you tadi, saya tunggu you turun ke bawah”, teguran yang diberikan oleh Amirol kepada pelanggan terbabit.

Dah Selalu Buat Perangai Nak Makan Free

Menurut Amirol lagi, beliau mendakwa bahawa wanita terbabit sudah melakukan perkara seperti ini berulang kali.

“Hari ini sudah tiga kali you canceled. Tadi kali pertama pagi barang lain. Ini makanan daripada kedai sama termasuk yang saya hantar, you canceled. Nombor telefon you pun tak boleh call, nombor rumah you tak letak. You cakap ada dekat luar dan suruh saya letak dekat bawah sebab you kat luar, tapi sebenarnya you dekat atas rumah”, jelas Amirol yang bersembunyi di belakang tiang bagi menjejaki pelanggan yang menipu tersebut.

Akan Report Polis Kalau Berterusan Menipu Macam Ni

Kata Amirol, jikalau dia dapat menangkap kelakuan wanita ini menipu lagi, beliau tidak akan teragak-agak untuk lapor kepada polis. Namun pelanggan wanita tersebut meminta agar tidak berbuat demikian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen puji dengan sikap tegas rider ini kerana bersikap kental dan tidak takut untuk menegur kesalahan pelanggan.

Kredit: TikTok Amirol

[fbcomments]