Seorang peniaga lemang tergamam dan terkejut apabila salah seorang pelanggannya memberitahu bahawa lemang yang baru sahaja dibeli mengandungi isi paku tajam di dalamnya.
@ummu.saifullah Lemang paku 🤭 . dah sampaj dkt cust tetiba kurang lebih 10 minit gitu dia call . kenapa ada paku dalam lemang . aku pun macam ehhhh paku ? mana mai paku , sbb aku yg basuh buluh , yang potong buluh , yang buat A – Z . mmg takda paku . takda sape pun yg kacau masa aku melemang . nasib cust baru potong , belum masuk mulut . dia perasan pun lps dia nak potong part bawah lemang . kebetulan mmg aku masak extra lemang . ganti yang baru buka depan mata . alhamdulillah okay . Cuak juga kalau ada walaupun masak 7 batang je . sampai ke sudah memikir mana mai paku ? serumah dah kena sesi soal jawab . masih belum ada jawapan . so aku sangka baik. lagipun anak aku kata semut yg bawa paku tu 🤣🤣 . so biar la dia kekal misteri sampai bila² #misteri #lemang #fyp #raya #food
Lemang Isi Paku
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @ummu.saifullah di laman TikTok, ia dapat dilihat sekurang-kurangnya segenggam paku besi yang berukuran lebih kurang 50 milimeter (mm) telah ditemui di dalam buluh lemang yang dibeli oleh pelanggan di peniaga terbabit.
Namun begitu, peniaga yang menjual lemang berkenaan turut meluahkan rasa hairan dengan penemuan paku-paku besi itu kerana dia mendakawa sebelum mengisi beras ke dalam buluh, dia akan memastikan buluh dalam keadaan bersih dan tiada sebarang masalah.
“Dah sampai dekat pelanggan tetiba kurang lebih 10 minit dia call. Kenapa ada paku dalam lemang.? Aku pun macam ehh paku? Mana mai paku, sebab aku yang basuh buluh, yang potong buluh, yang buat A – Z. Memang tiada paku.
“Nasib baik pelanggan baru potong, belum masuk mulut. Dia perasan pun lepas dia nak potong bahagian bawah lemang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ganti Baru Dengan Lemang Baharu Selepas Pelanggan Maklum Kepada Peniaga
Tambah peniaga itu lagi, dia bersyukur kerana pelanggan berkenaan segera memaklumkan kepadanya dan dia telah menggantikan lemang yang baharu kerana kebetulan memang ada lemang yang dimasak lebih ketika itu.
“Kebetulan memang aku masak extra lemang, ganti yang baru buka depan mata pelanggan. Lagipun saya masak memang tujuh batang je. Memang qc ( periksa kualiti) siap-siap.
“Saya dah habis buluh, pergi ambik buluh spare. Rupanya dia buat main. Nasib memang masak extra untuk makan sendiri. Jadi ganti terus lemang customer,” jelas peniaga tersebut yang menjawab teka-teki dalang disebalik kejadian, iaitu mungkin anaknya sendiri yang mahu menggunakan buluh sebagai tempat penyimpanan paku.
Kredit: TikTok ummu.saifullah