Pemergian seorang pelumba drag baru-baru ini telah menggemparkan ramai peminat motosikal tanah air. Allahyarham yang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi, 22, disahkan meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditungganginya terbabas sewaktu dalam perlumbaan. Kejadian tersebut difahamkan berlaku ketika acara National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 yang bertempat di Pekan, Pahang.

@_.syazwannnn

ramai orang sayang hg tem Al-fatihah 🥰🤲🏻#fyp

♬ original sound – sang_pemimpi88 – sang_pemimpi88

Ribuan Orang Iringi Jenazah Ke Kubur

Terbaharu, berdasarkan video yang dimuat naik oleh @_syazwannnn di laman TikTok, ia dilihat ribuan kenalan dan juga rakan-rakan Allahyarham mengiringi jenazah sambil berjalan kaki menuju ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian dan sebagai penghormatan terakhir buat beliau bersama yang lain.

Menurut sumber yang dilihat dari Sinar Harian pula, difahamkan kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi dan mengiringi Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang, di sini sejauh 250 meter. Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalalng pada jam 12 tengah hari, Selasa.

Ramai Ziarah Arwah Dari Seluruh Negeri Termasuk Johor Dan Kelantan

“Kami tidak sangka orang begitu ramai datang ziarah arwah Hateem dari seluruh negeri termasuk Johor dan Kelantan. Semasa sedang ditidurkan di Hospital Tengku Ampuazn Afzan, saya sudah menyatakan saya reda. Saya sempat bisik di telinga arwah, ‘Mama halalkan air susu mama..mama ampunkan semua dosa dan sayangkan adik..tunggu mama di syurga ya”, luah ibu arwah, Munirah Ahmad, 58 yang reda dengan pemergian anak bongsu tercinta.

“Ramai Orang Sayang Hang Ateem”

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang mendoakan pemergian beliau dan mereka juga tergamam kerana jalan sesak dipenuhi kenalan dan peminat ketika mengiringi Allahyarham ke ‘rumah barunya’ itu.

Kredit: Sinar Harian, TikTok _syazwannnn

[fbcomments]