fbpx

Seorang pemandu e-hailing berusia 54 tahun, dikenali sebagai Wong, kini berdepan dengan trauma dan kerugian pendapatan selepas dituduh cuba menculik penumpang dalam kejadian pada 11 Ogos lalu.

Meskipun polis telah mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah dalam kes tersebut, Wong terus menerima ancaman dan gangguan selepas wajah serta keretanya tersebar di media sosial.

Gambar Hiasan

Hilang Pendapatan Akibat Dituduh Menculik

Difahamkan, Wong yang telah bekerja sebagai pemandu teksi selama 30 tahun sebelum ini melaporkan bahawa selain menerima panggilan ugutan dari individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga penumpang, dia juga mengalami pelbagai bentuk gangguan yang menjejaskan rasa keselamatan dirinya.

Dua laporan polis telah dibuat pada 11 dan 15 Ogos bagi melindungi diri dari fitnah dan gangguan ini. Akibat tuduhan tersebut, Wong kini merasa terpaksa berhenti daripada perkhidmatan e-hailing, menyebabkan dia kehilangan pendapatan sekitar RM300 sehari.

Oleh yang demikian, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA iaitu Heng Zhi Li menggesa agar gangguan dan fitnah terhadap Wong dihentikan segera, kerana ia berpotensi mendatangkan kemudaratan yang serius.

Terdahulu, pada 18 Ogos, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, mengesahkan bahawa tiada cubaan menculik berlaku. Beliau menjelaskan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berpunca daripada salah faham, di mana pemandu terpaksa menukar laluan akibat kerja penyelenggaraan jalan, menyebabkan penumpang bertindak melompat keluar dari kereta.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]