fbpx

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina telah memperlekehkan agama Islam ketika rancak berbual bersama seorang pelancong asing dari England.

Video di bawah:

https://youtu.be/xFzIvbE7j0Q?si=3-nBl5dsgOf8z9ji

Pemandu Grab Burukkan Islam Depan Pelancong

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu di laman TikTok, ia memaparkan sepasang pelancong asing telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke satu destinasi pada hari pertama bercuti di Malaysia.

Difahamkan, pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Henry mula menyapa mesra penumpangnya dan mencadangkan beberapa tempat menarik untuk dikunjungi.

Henry yang dikatakan mempunyai enam tahun pengalaman menjadi pemandu e-hailing turut berkongsi bercuti di Thailand ibarat syurga baginya namun, berbeza pula pandangannya mengenai Malaysia.

Baginya, orang ramai tidak dapat berhibur tanpa batas memandangkan aktiviti minum arak dan berjudi tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Dan apa yang paling membangkitkan kemarahan netizen adalah apabila pemandu terbabit mengatakan masyarakat yang beragama Islam sepatutnya tinggal di dalam hutan kerana banyak hiburan diharamkan.

“Disini kita sepatutnya boleh enjoy tapi ini adalah negara Islam, mereka mahu kita ikut cara agama mereka..itu sangat tidak adil betul tak?

“Sebab mereka tidak minum (arak), berjudi, jadi mereka haramkan arak dan judi. Tiada hiburan. Hidup macam dalam gua. Tinggal jelah dalam hutan tu, main Jumanji dan haiwan.

“Saya tak faham pemikiran bullsh*t rakyat Malaysia ni. Awak lahir kat dunia ni jadi enjoy jelah,” katanya.

Reaksi Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dan geram dengan sikap pemandu e-hailing terbabit yang memburukkan Islam di hadapan pelancong, selain memberi impak negatif terhadap kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, individu yang memuat naik video berkenaan kejadian telah memadamkan di laman platformnya, namun ia dimuat naik semula oleh individu lain di aplikasi Youtube.

Kredit: Youtube Waniey Channel

[fbcomments]