Sebuah rakaman dashcam yang kini menjadi tular menunjukkan detik cemas apabila seorang pemandu secara tiba-tiba menukar lorong ke kiri, sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan.
Video di bawah:
https://x.com/hezerisamsuri/status/1827909674668327137?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Anggota Polis Trafik Dilanggar Gara-Gara Kereta Melulu Tukar Laluan
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, beliau mengesahkan bahawa anggota polis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam insiden berkenaan.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 25 Ogos yang lalu di Jalan Cheras, dan menurut sumber, pemandu kenderaan serta penunggang motosikal tersebut telah tampil di balai polis untuk memberikan keterangan serta membantu siasatan lanjut.
Video rakaman tersebut kini tersebar luas di pelbagai platform media sosial, mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan pemandu kereta tersebut sebagai cuai dan berbahaya.
Kredit: X HezeriSamsuri