Masih kah anda ingat dengan nama pembaca berita RTM, Syairul Islam yang sebelum ini pernah menjadi sebutan netizen apabila dia pernah tersasul menyebut perkataan masyarakat menjadi ‘masyarakot’ ketika membuat laporan.
Baru-baru ini, sekali lagi nama beliau menjadi sebutan apabila dia sekali lagi tersasul semasa sedang membaca berita.
Beliau ada kongsikan satu video memaparkan dia sekali lagi tersasul ketika sedang membaca berita dimana dia tersasul perkataan kampus menjadi ‘pampers’.
Kunci dia, kau jangan over nervous atau over confident! Jangan pula yang balik kampus tu bawa pampers sekali eh.