Jarak usia 26 tahun bukan penghalang buat Muhammad Danial Ahmad Ali bercinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga mereka mendirikan rumah tangga.

Muhammad Danial yang berusia 22 tahun mengaku senang dengan sikap isterinya yang penyayang dan tidak pilih kasih antara pelajar kelas depan atau belakang.

Guru Waktu Di Tingkatan 3

Danial berkata Jamilah pernah mengajarnya Bahasa Melayu pada 2016, sewaktu dia di tingkatan tiga. Namun begitu, hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar tanpa ada perasaan terhadap satu sama lain.

“Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.

Bibit Cinta Bermula Dengan Ucapan Ulang Tahun

Jamilah dikatakan tidak lagi menjadi gurunya apabila Danial masuk ke tingkatan empat dan hubungan mereka terputus. Seperti pelajar lain, hubungan mereka terhad kepada bertanya khabar dan saling menyapa apabila terserempak di bilik guru sahaja

Namun, keinginan untuk mengenali hati budi Jamilah bermula apabila isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahiran ketika dia di tingkatan lima.

“Sejak itu, kami rapat dan timbul perasaan sayang untuk cuba dekat dengannya.”

Luahan Perasaan Ditolak Berkali-kali

Danial ada memberanikan diri meluahkan perasaan kepada isterinya namun ditolak disebabkan status Jamilah sebagai guru. Danial tidak berputus ada dan mencari cara berhubung dengan wanita tersebut melalui Whatsapp.

Disebabkan mesej tidak lagi dibalas, Danial telah berusaha mencari gurunya itu di kawasan perumahan dan berterus terang tentang isi hatinya. Namun, Jamilah masih lagi menolak untuk menjalin hubungan dengan pemuda tersebut kerana tidak yakin hubungan tersebut akan bertahan.

“Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.

Dapat restu keluarga untuk berkahwin

Danial berkata dia dari awal telah berterus terang dengan keluarganya dan pihak keluarga memberi restu mereka. Perkara itu sedikit sebanyak telah memudahkan urusan pernikahan mereka.

Sumber : Harian Metro

“Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.

Danial bersyukur dan berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat kepadanya dalam memastikan rumah tangga kekal harmoni.

Difahamkan, Jamilah telah berpisah dengan bekas suami pada 2007. Dia yang pada awalnya tidak ingin mencari pengganti atau berhubung dengan mana-mana lelaki telah terpikat dengan keyakinan dan kesungguhan yang ditunjukkan Danial. Sikap Danial yang berterus terang dengan keluarganya juga membuatkan Jamilah lembut hati untuk menerima lamaran lelaki itu.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]