Seorang lelaki berusia 22 tahun dilaporkan dibebas dan dilepaskan daripada 23 pertuduhan membunuh dalam kejadian membakar pusat tahfiz pada 14 September 2017. Difahamkan, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Tidak Boleh Dihukum Mati Sebab Pesalah Bawah Umur Ketika Kejadian Berlaku

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, panel hakim telah menolak rayuan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan perayu kedua daripada semua pertuduhan membunuh yang dikenakan. Hakim Che Mohd Ruzima memaklumkan pihaknya sebulat suara tiada sebab untuk mengubah keputusan hakim Mahkamah Tinggi untuk membebaskan perayu kedua.

Dalam pada itu, ketika tragedi tersebut berlaku tertuduh masih bawah umur iaitu sewaktu umurnya 16 tahun dan tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana pesalah di bawah umur 18 tahun.

Seramai 71 Orang Saksi Dipanggil

Difahamkan, pihak pendakwaan memanggil seramai 71 orang saksi, manakala enam saksi pembelaan pula dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula sejak 20 Mei 2018. Berdasarkan pertuduhan yang dikenakan, tertuduh didakwa membunuh dan menyebabkan kematian seramai 23 orang penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju pada jam kira-kira antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]