Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila dirinya ditipu pembeli yang membeli kuih rayanya di Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Ahad semalam.
@syurabadron86 Done bebel! Tak baik erk curi..lagi2 bulan puasa.. 😌 Sedih tapi kene redha guys
Syura Kena Scam
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @syurabadron86 di laman TikToknya, difahamkan Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memberitahu bahawa pelanggan berkenaan membayar biskut raya yang dibeli melalui kaedah kod QR namun wang berkenaan tidak masuk dalam akaunnya.
“Sepanjang bulan Ramadan memang saya jual kuih raya di Johor Bahru dan hari ini Alhamdulillah kuih raya saya terjual walapun tidak banyak. Cumanya ada beberapa pelanggan bayar menggunakan kod QR dan memang tunjuk resit berjaya tapi tak masuk dalam akaun saya, jadi macam pelik,” katanya.
Kena Lebih Berhati-Hati
Tambah Syura lagi, beliau tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku kepadanya memandangkan sepanjang berniaga dia tidak pernah ditipu oleh pelanggan.
Susulan daripada itu, Syura menjelaskan dirinya akan lebih berhati-hati dalam sebarang bentuk pembayaran secara dalam talian selepas ini bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa scam lagi.
“Sebelum ini tiada masalah pun, mungkin selepas ini saya ambil pengajaran. Kalau ada yang buat pembayaran guna kod QR saya ambil gambar.
“Penat tau buat kuih raya itu, bila kena scam rasa sedihlah. Dalam sedih kena redhalah kan. Untuk yang dah biasa buat benda-benda macam ini, korang beli makanan akan masuk dalam darah dan jadi darah daging. Jangan lah buat benda-benda macam ini, kesian dekat peniaga-peniaga. Tak tahu penat dan kesusahan orang macam mana nak siapkan kuih dan apa yang dilalui untuk berniaga,” ujaarnya sedih di akhir kata.
Kredit: TikTok syurabadron86