Seorang warga emas terkejut apabila terdapat seorang lelaki yang tidur di ruang tamu rumahnya di Taman Tanjung Bahau, Negeri Sembilan, pada pagi Isnin.

Lelaki yang disangka rakan anaknya itu sebenarnya merupakan pencuri. yang tertidur akibat mabuk

Sin Kong Men, 66 berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki itu sewaktu dia bangun tidur pada pukul 6.15pagi untuk membeli sarapan.

“Saya ingatkan rakan anak saya, tapi apabila lihat keadaan ruang tamu yang bersepah dan terdapat sebuah beg kertas yang mengandungi dua bilah pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan sebuah tablet komputer berada bersama lelaki berkenaan.

“Minuman keras dan tablet komputer itu merupakan barangan di rumah ini, saya syak lelaki ini telah minum minuman keras yang ada di dalam kabinet berkaca sehingga mabuk dan tertidur,” ceritanya.

Sumber:SabahMedia

“Saya dan anak-anak cuba mengejutkan lelaki ini, namun tidak juga sedar. Tidak lama kemudian polis sampai dan polis juga mengambil masa hampir 30 minit untuk mengejutkan lelaki tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Tanjung, Bahau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan siasatan, suspek berusia 41 tahun dipercayai telah masuk ke dalam kawasan rumah dengan memanjat pagar tepi rumah dan masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci. 

“Semasa masuk ke dalam rumah suspek dipercayai telah minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur. Semasa pengadu bangun tidur awal pagi, pengadu dapati suspek berbaring di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

“Suspek telah ditangkap dan mempunyai 21 rekod jenayah lampau di mana 15 daripadanya merupakan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan selebihnya jenayah. Suspek juga merupakan individu dikehendaki bagi kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB),” katanya.

Menurutnya lagi, suspek, kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan

[fbcomments]