fbpx

Dua mayat wanita ditemui dengan kesan kelar di leher dalam sebuah longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Kedah, pada Isnin.

Mayat Ditemui Dalam Longkang

Memetik laporan Sinar Harian, ia mendedahkan bahawa kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap, dimana salah satu mayat ditemukan dalam posisi terlentang, manakala satu lagi berada dalam keadaan tertiarap.

Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti, namun pihak berkuasa mengesyaki bahawa mereka adalah warga asing yang mempunyai pertalian keluarga, dipercayai ibu dan anak, masing-masing berusia 34 dan 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad memaklumkan bahawa kedua-dua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut.

Sehubungan dengan kes ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang dipercayai suami dan bapa kepada mangsa untuk membantu siasatan.

Kes ini sedang disiasat dengan teliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tragis tersebut.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]