Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai ketika menghadiri acara Sarong Music Run 2025 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu apabila beliau bertindak menekan hon pelepasan acara lebih awal selepas melihat peserta sudah tidak sabar untuk memulakan larian, walaupun pengacara di acara itu masih belum habis membacakan skripnya.
@jaynalist “Dan jika cuaca tidak menentu seperti huja… TETTTTTTTT!!!” PM Anwar ketika menyempurnakan ‘flag off’ Malaysia Sarong Music Run 2025. #sarongmusicrun2025 #anwar #anwaribrahim #perdanamenteri
Emcee Berucap Lama, PMX Ambil Inisiatif Tekan Hon Lepaskan Peserta Tanpa Tunggu Skrip Emcee Habis
Menerusi satu hantaran di platform X, pengguna bernama @adamyusuf88 berkongsi video yang menunjukkan situasi ketika itu. Dalam video tersebut, difahamkan peserta yang telah lama menunggu mula bersuara dan meminta pengacara untuk mempercepatkan ucapan agar acara dapat dimulakan segera.
Memahami keadaan peserta yang kepanasan selepas hampir sejam menunggu, Anwar tanpa berlengah terus menekan hon sebagai tanda pelepasan. Tindakan spontan beliau itu turut diikuti oleh beberapa menteri lain di atas pentas, sekali gus membolehkan peserta memulakan larian lebih awal tanpa perlu menunggu pengacara menamatkan skripnya.
“Emcee cakap lama sangat then kitaorang semua jerit cepat la panas astu pmx terus hon kan awal nak bagi kitaorang boleh terus gerak.. tu yang memang terus cut off emcee tu,” kongsi bobereborn.
Dalam hantaran sama, bobereborn turut menjelaskan bahawa keadaan cuaca yang panas menyebabkan ramai peserta berasa tidak selesa dan kehausan, malah ada yang hampir mengalami strok haba kerana terlalu lama terdedah kepada terik matahari.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan Anwar yang prihatin dan memahami keadaan peserta. Pada masa yang sama, ada juga yang mengkritik pengacara acara yang dilihat terlalu mengambil masa sehingga menjejaskan keselesaan orang ramai.
Kredit: X adamyusuff88, bobereborn, TikTok jaynalist