Pengasas dan pemilik rangkaian Restoran Cina Muslim Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 7 malam, Khamis.
![]()
Pengasas Restoran Cina Muslim Mohd Chan Meninggal Dunia di Hospital Sungai Buloh
Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang memaklumkan pemergian Allahyarham menerusi hantaran di Facebook rasminya. Menurutnya, perkenalan dengan Mohd Chan bermula sejak 2008 dan sepanjang tempoh itu beliau dikenali sebagai seorang yang pemurah, sering menaja makanan untuk program dakwah tanpa pernah menolak permintaan.
“Tidak sangka selepas saya berkecimpung dalam dakwah secara sepenuh masa bermula 2013, kami berjumpa kembali. Beliau seorang yang pemurah, kerap menawarkan untuk menaja makanan bagi program dakwah,” katanya.
![]()
Difahamkan, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2 selepas solat Zuhur semalam.
Rangkaian Restoran Mohd Chan yang diasaskan beliau kini berkembang dengan banyak cawangan di seluruh negara, menjadikan jenama itu antara restoran Cina Muslim paling dikenali dalam industri makanan halal tempatan.
Kredit: Facebook Firdaus Wong Wai Hung