Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil seorang pengguna Facebook bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) berkaitan kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

MCMC Siasat Hantaran 3R Berkaitan Kes Kematian Zara Qairina, Peranti Disita

Menurut MCMC, kandungan hantaran tersebut dipercayai berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Individu berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada Sabtu untuk sesi rakaman keterangan.

Dalam proses siasatan, pihak berkuasa turut menyita sebuah telefon bimbit dan kad SIM bagi tujuan analisis forensik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” jelas MCMC dalam satu kenyataan.

MCMC menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses undang-undang dan mengelakkan penyebaran spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta mengguris perasaan keluarga mangsa.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mayat Zara Qairina telah dijalankan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, pada Ahad bagi membantu siasatan punca kematian pelajar tersebut.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]