fbpx

Seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang Penghulu Mukim Teja Daerah Kampar dilaporkan maut tertimbus di bawah timbunan tar selepas motosikal yang ditungganginya kemalangan dalam kejadian di Jalan Tanjung Tualang pada malam tadi.

Mangsa Maut Tertimbus Bawah Timbunan Tar

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak iaitu Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.02 malam tadi.

“Lori membawa muatan tar terbalik hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.

“Peralatan khas perlu digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di lori tersebut. Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Berdasarkan maklumat dikongsikan, mangsa yang kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an, dikatakan sedang dalam perjalanan dari sebuah majlis di Ipoh.

Dalam pada itu, tular di Group WhatsApp mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia dalam keadaan mengerikan, dengan kepalanya dikatakan terkulai ke belakang badan dipercayai akibat kecederaan pada tengkuk.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]