Seorang peniaga dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh sekumpulan individu berparang dan pistol taser dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada baru-baru ini.
Video Di Bawah
https://x.com/naratifrakyat/status/1784758824358047777?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Mangsa Dibunuh Oleh Individu Bersenjata
Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara iaitu Asisten Komisioner S. Vijaya Rao memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 11.39 pagi.
Difahamkan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan terbaring di hadapan bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.
“Semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati empat lelaki bersenjatakan parang dan pistol taser memasuki rumah mangsa.
“Siasatan turut mendapati seorang lagi individu berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi sekitar rumah mangsa,” katanya.
Polis Menahan 2 Lelaki Tempatan Untuk Bantu Siasatan
Terbaharu, dilaporkan dua lelaki tempatan telah ditahan polis untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes kematian mangsa yang dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki berparang semalam.
S Vijaya Rao mendedahkan dua individu yang ditangkap masing-masing berumur 25 dan 28 tahun.
“Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan. Selain isteri dan anak mangsa yang berada di lokasi kejadian, pihak polis juga sudah merakam keterangan seorang saksi baharu.
“Bukan ketua kumpulan kongsi gelap, namun setakat maklumat yang diperolehi, (motif kejadian ialah) dendam mengenai isu lama yang berlarutan.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan pada kepala, kedua belah kaki, bahu dan tangan kanan mangsa,” jelas beliau.
Kredit: Sinar Harian