Sebuah video tular di platform TikTok memaparkan insiden seorang peniaga yang dipercayai tidak memiliki lesen perniagaan bertindak agresif selepas barang jualannya dirampas oleh dua individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSr8tRfsy/
Peniaga Mengamuk di Dataran Merdeka Selepas Barang Jualan Dirampas Penguat Kuasa
Kejadian itu berlaku di Dataran Merdeka dan disaksikan oleh orang ramai yang sedang menunggu waktu berbuka puasa. Rakaman tersebut menunjukkan peniaga berkenaan membantah tindakan pegawai dengan membuang botol air dan tisu jualan di atas padang sebagai tanda protes.
Dalam video berkenaan, pegawai penguat kuasa yang terlibat dilihat tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tindakan lelaki itu dan kekal tenang sepanjang kejadian. Seorang wanita turut kelihatan memasuki perbincangan dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pegawai terbabit.
Perkongsian video ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Majoriti pengguna media sosial menyokong tindakan pegawai penguat kuasa dan menyifatkan tindakan peniaga tersebut sebagai tidak wajar. Mereka berpendapat bahawa peraturan lesen perniagaan harus dihormati dan tidak adil bagi peniaga lain yang telah mendapatkan lesen secara sah.
Namun, terdapat juga segelintir yang bersimpati terhadap peniaga terbabit, dengan beranggapan bahawa individu berkenaan mungkin terdesak mencari sumber pendapatan.
Kredit: TikTok user62935921735153