fbpx

Pengunjung yang menaiki tunggangan roller coaster di sebuah festival, dipercayai berlaku di Amerika Syarikat berdepan dengan detik-detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka tersangkut di udara hampir 3 jam lamanya.

@cnn

Eight roller coaster riders were trapped upside down for hours on the ‘Fireball’ amusement ride at the Forest County Festival in Wisconsin. #cnn #news #rollercoaster

♬ original sound – CNN

Tergantung Secara Terbalik

Berdasarkan sumber yang dipetik daripada portal Independent, kejadian itu berlaku di sebuah festival yang diadakan di Winconsin, Amerika Syarikat dan ianya terjadi berpunca daripada masalah teknikal sehingga menyebabkan kesemua pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.

“Kami dimaklumkan bahawa roller coaster itu berhenti secara tiba-tiba pada kedudukan menegak. Berdasarkan pemerhatian kami, kejadian tersebut berpunca dari masalah teknikal”, jelas sumber media Independent.

“Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang maklumat tetapi kami difahamkan permainan tersebut sudah pun diperiksa oleh pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini”, tambahnya lagi.

Raih 4.9 Juta Tontonan Di TikTok

Video tersebut dimuat naik di laman TikTok CNN dimana ia telah meraih sebanyak 4.9 juta tontonan bersama 147.7ribu likes. Kesemua penumpang berjaya diselamatkan dan kini mereka mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital bagi sesiapa yang tercedara.

Melihat dari video tersebut, beberapa pegawai penyelamat menaiki landasan rel permainan tersebut untuk menyelamatkan kesemua penumpang yang berada di tempat duduk roller coaster terbabit.

Kredit: Independent.co, TikTok CNN

[fbcomments]