Seorang penunggang motosikal mengalami detik cemas apabila lehernya terjerut seutas tali layang-layang semasa melalui kawasan Taman Metropolitan Kepong, baru-baru ini.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DMX38RJSHg4/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Penunggang Motosikal Cedera Terjerut Tali Layang-Layang, MP Minta DBKL Ambil Tindakan
Kejadian tersebut didedahkan menerusi sebuah video yang tular, di mana mangsa menunjukkan kecederaan di leher dipercayai akibat terkena tali yang tidak kelihatan dari kejauhan. Malah, pakaiannya turut terkoyak akibat geseran ketika insiden berlaku.
“Kalau saya tak pakai kain ini, mungkin leher saya dah putus,” kata mangsa dalam rakaman tersebut, sambil merayu agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap aktiviti bermain layang-layang berdekatan kawasan jalan raya.
![]()
Susulan insiden itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tampil menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan mencadangkan agar kawasan aktiviti bermain layang-layang dialihkan ke lokasi yang lebih selamat.
“Ini bukan isu kecil. Nyawa pengguna jalan raya dipertaruhkan. Saya telah cadangkan DBKL2u pindahkan segera kawasan main layang-layang jauh dari lebuh raya sibuk seperti MRR2,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa isu tersebut tidak seharusnya dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam.
Kredit: Instagram capricedaddycap