Semalam, media telah dikejutkan dengan berita seorang penyambai berita TV3 Nightline iaitu Raymond Goh kini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar (strok). Berita tersebut dimaklumkan oleh salah seorang kenalannya yang dikenali sebgai Abdullah Pak Lah menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Dalam Keadaan Kritikal Dan Kini Di Hospital

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian, beliau yang berkarier dalam dunia penyiaran lebih tiga dekad ini telah dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya selepas diserang angin ahmar.

“Salah seorang insan paling baik yang pernah saya kenal dan Goh adalah antara individu yang berjiwa mulia” tulis Abdullah pada Rabu.

Doakan Yang Terbaik

Sementara itu, Datuk Ras Adiba Radzi iaitu salah seorang rakan sekerja Goh ketika di TV3 dulu turut mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang cepat dari penyakit tersebut. “Saya adalah kumpulan pertama pembaca berita bersama Raymond Goh dan lain-lain.. Apa saya boleh katakan, membaca berita adalah suatu yang istimewa. Ketika saya menulis ini, Raymond berada di ICU bertarung nyawa. Saya mohon doa untuk semuanya”, ujarnya.

Sekadar info, Goh mempunyai pengalaman selama 30 tahun membaca berita dan mendapat gelaran suara emas oleh TV3. Beliau juga merupakan seorang jurulatih untuk individu yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]