fbpx

Penyerang import Kelab Bola Sepak Diraja Malaysia (PDRM FC) iaitu Bruno Suzuki telah sah memeluk Islam pada Rabu, semalam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Ucap Dua Kalimah Syahadah Depan Ustaz Arif M. Rajoli

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh PDRM FC di laman Facebook, pemain tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli pada pagi semalam.

“Alhamdulilah, dengan syukur ke hadrat Allah S.W.T ingin memaklumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam. Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445”, jelas mereka di laman Facebook.

Disaksikan Beberapa Ahli Pasukannya

Proses memeluk Islam Bruno Suzuki ini telah disaksikan oleh Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya. Tambahan lagi, mereka turut berasa amat bersyukur kerana hidayah Allah untuk menggerakkan hati Bruno untuk memeluk dan mendalami agama Islam.

Netizen Turut Rasa Syukur

Meninjau di ruangan komen Facebook PDRM FC, rata-rata mereka telah mengucapkan kalimah Alhamdulilah atas usaha pemain import ini untuk memeluk Islam.

Kredit: PDRM Football Club, Harian Metro

[fbcomments]