Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih gelap kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menularkan tangkap layar perbualan antara aktor tersebut bersama individu ‘NRF’ yang dipercayai aktres Nur Ruhainies Farehah telah berjaya tarik perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, malah dalam tangkap layar yang tular itu juga menunjukkan NRF tidak berpuas hati apabila isteri sah kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah dilantik sebagai duta sebuah jenama penjagaan kesihatan, Kitsui yang sepatutnya menjadi milik NRF pada mulanya.
Tak Puas Hati Bella Ambil Alih Tempat, NRF Sifatkan Bella Seorang Yang Tidak Tahu Malu
Selepas nama NRF digugurkan daripada menjadi duta dan digantikan dengan Bella, NRF mula menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya dan menganggap Bella sebagai seorang yang tidak malu kerana mengambil peluang tersebut yang sepatutnya menjadi milik NRF.
“Bella ambil Kitsui tu jugak rupanya, dia tak malu ke? Kalau saya memang tak ambil dah,” tulis NRF.
Bagaimanapun, Aliff Aziz yang cuba menenangkan NRF percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan mendoakan agar NRF digantikan dengan rezeki yang lebih baik.
“Semua orang ambil kesempatan, tak mengapa. Awak akan Allah ganti lebih besar nanti, yakin saya dengan awak.
“Mungkin dia ingat rezeki ke apa tak tahu. Tapi memang barai semua jenama-jenama ini ambil kesempatan isu kita ini,” kata Aliff.
NRF Samakan Bella Seperti Haiwan
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila NRF memberi respon yang agak kurang sopan dengan menyamakan Bella Astillah dan produk penjagaan kesihatan tersebut seperti haiwan.
“B*** untuk b*** kan. Sesuailah,” balasnya.
Untuk info, antara beberapa artis yang turut terpalit dalam isu kontroversi yang membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies adalah seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, dan juga Caprice.
Kredit: Instagram sarahyasmine