Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão baru-baru ini mencuri perhatian warga maya selepas satu video pendek memaparkan dirinya menyapu daun kering di tepi jalan menjadi tular di TikTok.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSyRtdmSP/
Ramai Kagum, PM Timor-Leste Disanjung Kerana Sikap Sederhana dan Merendah Diri
Dalam rakaman tersebut, beliau dilihat mengenakan pakaian ringkas tanpa sebarang pengiring rasmi, memperlihatkan sisi pemimpin yang sederhana dan dekat dengan rakyat.
Aksi spontan itu bukan sekadar menarik perhatian, malah membuat ramai kagum dengan keperibadian pemimpin berusia 78 tahun itu yang terkenal dengan sifat rendah diri serta komitmen terhadap nilai tanggungjawab dan disiplin dalam kerja.
![]()
Dalam satu kenyataan, beliau pernah menegaskan bahawa rahsia menjadi pemimpin terletak pada keikhlasan berkhidmat, kesanggupan berkorban serta keutamaan terhadap kepentingan awam.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hormat terhadap personaliti Perdana Menteri ke-11 negara itu, malah ada yang menyatakan hasrat untuk mengunjungi Timor-Leste selepas melihat keperibadian pemimpinnya yang menginspirasikan.
![]()
Untuk rekod, negara termuda di Asia tersebut kini secara rasmi diiktiraf sebagai salah satu anggota ASEAN ke-47, menandakan langkah besar dalam perkembangan politik dan serantau mereka.
Kredit: TikTok unico.timor