Bapa mentua kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Mohd Rashid Abas hari ini dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi ketika sedang menunaikan solat.

Bapa Mentua Aliff Meninggal Dunia

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, Datuk Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Aliff, 36, memaklumkan bahawa beliau menerima khabar duka tersebut sekitar jam 4 pagi.

“Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan pukul 4 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar Kedah. Bapa mentua saya sakit jantung, meninggal dunia di rumah. Sekarang saya masih lagi dalam perjalanan ke sana. Doakan arwah bapa mentua saya Mohd Rashid Abas ditempatkan dikalangan orang beriman. InsyaAllah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada hari ini”, jelasnya.

Meninggal Ketika Sedang Solat, Siap Berkopiah Lagi

Sementara itu, isteri kepada Aliff iaitu Datin Nur Shahida memaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia semasa sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah semasa ditemui.

“Ayah saya meninggal ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia. Tak ada sakit pun”, tulisnya di Instastory Instagram.

Aliff juga sempat berkongsi beberapa momen gembira bersama arwah mentuanya yang telah dianggap sebagai ayah kandungnya sendiri.

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini, Khamis di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah.

Kredit: Mstar, Instagram shahidadherbs

[fbcomments]