Seiring perkembangan perbankan atas talian yang memudahkan kita, golongan scammer pula semakin bijak membuat tipu helah agar dapat mengakses akaun para pengguna.


Sebelum ini tular beberapa kes di mana pengguna Maybank mengadu telah ditipu oleh laman sesawang yang menyerupai laman rasmi Maybank2u ketika membuat urusan atas talian.

Namun menurut pihak Maybank, laman yang pernah tular itu bukanlah satu-satunya website palsu yang dikendalikan para penipu. Mereka juga mempunyai beberapa laman web lain yang digunakan untuk memperdaya pengguna.

Kami telah menerima laporan mengenai lebih banyak laman web palsu yang serupa dengan Maybank2u, dicipta oleh penipu atas talian untuk mencuri maklumat anda.

Jangan klik link tersebut. Cara paling selamat untuk mengakses akaun Maybank2u anda ialah dengan sentiasa menaip URL www.maybank2u.com.my secara manual ke dalam pelayar.

Jika anda telah terkongsi maklumat log masuk Maybank2u anda kepada laman web palsu ini, sila hubungi kami segera di 03-5891-4744.

[fbcomments]