fbpx

Pasangan dua sejoli, Janna Nick dan Dini Schatzmann ada memberitahu pihak media bahawa mereka bakal membuat pengumuman berita baik tidak lama lagi. Namun, belum sempat mereka membuka mulut, ada desas-desus yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada 10 Jun ini.

Sudah hantar borang perkahwinan

Menurut sumber, selebriti itu telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi untuk menghantar borang pernikahan. Pelakon dan pengacara jelita itu juga telah memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka.

Asyik 'berkepit' dengan Janna Nick sepanjang masa, Dini Schatzmann disangka  tiada kerja! - Hiburan | mStar

Difahamkan majlis bakan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak Janna Nick sendiri.

Sekadar info, Janna dan Dini telah berkenalan sewaktu membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019. Namun, timbul spekulasi hubungan mereka telah berakhir apabila Janna memaklumkan dia kini berstatus ‘single’ di platform TikTok serta membawa diri ke Eropah.

Dini pula tidak membuka mulut tentang perkara tersebut sebaliknya berkata bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.

Sumber: Kosmo

[fbcomments]