fbpx

Seperti tidak berakhir lagi kemelut yang melanda antara keluarga allahyarham Abam dan juga usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri apabila pada sidang media baru-baru ini, Ali Puteh meminta agar dia bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya.

Perkataan taubat tidak sesuai

Enggan berdiam diri, Aliff Syukri telah tampil mengeluarkan kenyataannya di IG story dengan mengatakan bahawa perkataan taubat yang dikeluarkan oleh Ali Puteh tidak sesuai untuk dirinya.

Dalam sedutan IG story Aliff Syukri juga menyatakan di tidak melakukan sebarang jenayah sehingga perlu membuat pemohonan maaf dan juga bertaubat seperti yang diperkatakan Ali dalam sidang media.

“Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi.”

Antara mereka memang dah ada konflik

“Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya?

Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka.” 

Akan buat sidang media Isnin nanti

Dalam pada itu juga, Aliff Syukri sempat memberitahu akan mengadakan sidang media pada hari Isnin bagi membersihkan namanya yang sudah tercemar ekoran dicerca netizen kerana didakwa menjadi punca perbalahan kedua-dua pihak.

[fbcomments]