Pelakon Amelia Henderson telah hadir ke Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada pagi ini bagi mendapatkan keputusan mengenai isu langgar kontrak drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali kerana menarik diri di saat akhir.

Artis wanita itu mengaku telah hadir tanpa sebarang jangkaan untuk menang atau kalah kes tersebut. Sebaliknya dia berbangga kerana merasakan telah membuat perkara yang betul.

“Saya ke mahkamah hari ini tanpa sebarang expectation. Saya bangga dengan diri saya sebab saya rasa saya buat benda yang betul,” katanya.

Amelia juga kelihatan sebak apabila memberitahu kehadirannya hari ini telah ditemani orang yang disayangi yang juga merupakan kekuatannya. Amelia berkata dia akan memohon rayuan akan perkara itu.

“Tapi, pada masa yang sama perasaan itu jugak yang memberi saya kekuatan untuk membuat rayuan dan hari ini saya rasa sangat gembira on the personal level sebab dalam masa yang paling saya memerlukan. Semua yang saya sayang hadir untuk saya,” luah Amelia.

Terdahulu, Amelia dan Idris Khan didakwa di mahkamah akibat melanggar kontrak drama apabila bertindak menarik diri di saat akhir.

Berhubung perkara tersebut, pihak penerbitan terpaksa menanggung kerugian dari segi wang pendahuluan kepada pelakon, penulis skrip, penolong pengarah, krew, suntingan, pengangkuatan dan peralatan penggambaran.

Namun begitu, Idris Khan memilih untuk menyelesaikan konflik ini diluar mahkamah namun Amelia tetap dengan pendiriannya.

Sumber: Melodi TV3

[fbcomments]