Seorang wanita berusia 20-an yang sebelum ini pernah tular kerana berkahwin dengan seorang lelaki berusia 70 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pada Isnin.
Nik Meninggal Dunia
Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita yang bernama Fatimatul Syuhada yang dipercayai merupakan kakak kepada Nik Halimatul Saadiah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fatimatul di Instagram Story miliknya, beliau memaklumkan tentang berita pemergian adiknya itu dan mengatakan jika arwah ada berhutang dengan sesiapa ketika dia masih hidup, beliau meminta agar individu tersebut memaklumkan kepadanya.
“Semoga dia berada dalam golongan orang beriman. Dari kecil sampai sebelum meninggal asyik dianiaya. semoga yang sakitkan dia dapat balasan. Maafkan kakak.
Dosa ke lahir lain daripada orang? Salah ke jadi oku? Ayat tu sampai mati aku akan ingat. Berhenti lah buli! Berhenti jadi jahat. Tolong jangan sampai rasa benda aku rasa,” tulis kakanya.
Fatimatul Syuhada turut memberitahu punca kematian Allahyarhamah, iaitu kerana komplikasi di bahagian kepala serta asma akibat kecederaan yang dialami ketika kemalangan. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan pada 10.45 malam tadi.
Untuk info, Allahyarhamah Nik Halimatul Saadiah yang juga dikenali sebagai ‘Nik sayang warga emas’ pernah menjadi bualan ramai pada suatu ketika dahulu kerana arwah pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, dan kedua-duanya adalah bersama lelaki warga emas.
Kali pertama Nik mendirikan rumah tangga ketika usianya 18 tahun, dan kali kedua ketika usianya 20 tahun dan beliau mengahwini seorang lelaki berusia 70 tahun.
Kredit: Instagram Fatimatul Syuhada