fbpx

Nurul Shuhada ada mengambil peluang berniaga selepas kemelut rumah tangganya dengan pelakon Hafidz Roshdi menjadi perhatian ramai. Shuhada mengorak langkah dengan menjual biskut yang dijenamakan sebagai ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ sejak sebulan yang lalu.

Terbaru, Shuhada mengumumkan perniagaannya yang berusia sebulan lebih itu terpaksa diberhentikan atas beberapa faktor. Hantaran yang dibuat di Instagram itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang berpendapat produknya itu terlalu mahal.

Netizen merungut produk biskut mahal, Shuhada guna bahan premium setanding  hotel 5 bintang - Hiburan | mStar

Putus asa atau teruskan benda baru

Shuhada bertanya jika dia patut putus asa atau teruskan dengan produk yang lain.

“Semua tahu Shu launch Shelup Shelup sebelum puasa haritu . Shu start shelup shelup sebab Shu nak hidupkan impian shu berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua. Dalam masa yang sama shu nak semua rasa keunikan idea makanan Shu.”

Ibu kepada dua anak itu juga mengakui berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan sepanjang menjalankan perniagaan tersebut.

“Tapi , bila start operation Shelup Shelup, Shu berhadapan dengan macam macam ujian and dugaan. Walaupun ni normal dalam dunia business , tapi shu nampak, Shu kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh and untuk Shu upscale lagi.”

Sudah tutup pesanan

Shuhada juga memaklumkan tidak lagi mengambil pesanan baru produk tersebut sedari semalam dan ingin memberi fokus kepada produk baru.

Menjengah ruangan komen, ramai yang memberi respons kepada Shuhada tentang produknya dan ada juga yang berkongsi pengalaman bisnes mereka.

Sumber: Instagram Shuhada

[fbcomments]