Gelagat Azza Elite yang cuba makan dengan memakai purdah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Terbaru, Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari telah menghadiri sebuah majlis ilmu bersama pelakon berbakat, Noorkhiriah. Selepas majlis tersebut, mereka telah ke kedai makan untuk menjamu selera.
Azza yang belum biasa berniqab kelihatan canggung untuk menyuap maggi kari yang telah dipesannya. Rakan baiknya, Noorkhiriah telah mengajar cara yang betul untuk makan selepas melihat Azza terkial-kial untuk makan.
Perkara itu disulami gelak tawa mereka kerana Noorkhiriah menyuruh Azza untuk membuka purdah disebabkan makanan yang dipesan mereka iaitu Maggi sudah semakin kembang.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama sewaktu mula berpurdah serta ada yang mendoakan mereka berdua sentiasa istiqamah.



Sumber: Instagram @Noorkhiriah