Seperti yang semua tahu, cendawan adalah tumbuhan yang sering tumbuh di mana-mana tempat dan tidak kesemua jenis mereka ini boleh dimakan. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai @mas.ita berkongsi satu video tentang bagaimana beliau dan ahli keluarga yang lain alami kesakitan selepas termakan cendawan beracun.

@mas.ita

semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Suami Petik Cendawan Tepi Kawasan Rumah

Berdasarkan video yang dimuatnaik itu, wanita itu berkongsikan pengalaman yang tidak diingini apabila satu keluarga terpaksa bergegas ke hospital berpunca termakan cendawan beracun. Beliau juga mengatakan bahawa suaminya memetik cendawan itu di kawasan rumah mereka. Mempunyai keserupaan dengan cendawan besut, beliau langsung masak dan agak rasa was-was untuk makan kerana ia bertukar kehijauan tetapi tidak ambil peduli.

“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut”, ujarnya.

Dah Termakan Baru Google Ianya Cendawan Beracun

“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya google cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya lagi.

Mereka satu keluarga turut mengalami muntah-muntah dan lemah badan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan. Sepanjang video itu berjalan, beliau turut berpesan agar kejadian yang beliau hadapi ini dijadikan pengajaran buat semua supaya dapat mengenal pasti jenis cendawan terlebih dahulu sebelum menjamah.

Berani Betul Makan Tanpa Soal Selidik

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat terkejut dengan tindakan keluarga mereka yang memakan cendawan tanpa tahu ianya beracun ataupun tidak.

Kredit: TikTok mas.ita

[fbcomments]