fbpx

Pemergian orang tersayang terutama ibu dan bapa sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Tiada lagi insan untuk kita bermanja, mengadu dan yang sering mengasihi dan menerima kita seadanya.

Begitulah yang berlaku apabila seoang pengguna TikTok dikenali sebagai Boi_AsamBoy berkongsi masakan terakhir yang dimasak ibunya sebelum allahyarham meninggal dunia.

“Al-fatihah buat mak saya, Norizan Binti Bahari, Jumaat (27/05/2023)”

“Pasni tak dapat rasa air tangan mak. Rindu tiada penghujung..”

Mereka memakan lauk terakhir yang dimasak itu dengan linangan air mata. Video itu juga memberi kesan kepada penonton yang melihat perkara tersebut.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersimpati dan berkongsi pengalaman seakan-akan sama.

Tidak bersedia hadap ketiadaan ibu

Sedih terasa walau dari jauh

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 295,600 tontonan dan 1965 komen. Moga pemilik video diberikan ketenangan dan kekuatan menghadapi pemergian ini.

Sumber: Tiktok @boi_masam

[fbcomments]